Bagaimanakah saya boleh menetapkan pilihan “Maklumat Awam”?
Pergi ke seksyen "Tetapan", dapatkan pautan "Maklumat Awam” dan klik pada "Tukar Tetapan Maklumat Akaun Awam". Di sini anda boleh meletakkan tanda ketik pada ruangan yang anda ingin jadikan sebagai awam, masukkan kod captcha dan kemudiannya simpankan perubahan.
|
Apakah langkah keselamatan yang saya boleh ambil ketika melog masuk ke dalam akaun saya?
Pertama sekali, pastikan bahawa bar alamat pelayar anda memaparkan URL yang betul: https://perfectmoney.is. Jika boleh, cuba gunakan papan kekunci maya kerana ia boleh melindungi anda daripada kecurian identiti yang berkemungkinan akibat perisian pengintipan. Sila ingat bahawa supaya melog masuk ke dalam akaun anda, anda hanya perlu menggunakan nama pengguna, kata laluan, kod captcha anda.Dalam sesetengah kes, kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dengan memasukkan kod yang dihantar ke e-mel anda.Kami tidak akan meminta alamat e-mel dan kata laluan anda. Sekiranya anda melihat permintaan seperti ini, maknanya anda berada dalam laman pemancingan – tinggalkannya! Kami amat mengesyorkan supaya anda mendayakan perkakas keselamatan anda seperti Log Masuk SMS dan Kad Kod. Perkakas ini akan memberikan perlindungan tahap tinggi kepada akaun anda daripada akses yang tidak dibenarkan.Sila pastikan bahawa antivirus anda dikemas kini dan komputer anda bebas daripada virus/perisian hasad.
|